Dalam kesibukan mengejar masa untuk mengimbangi tuntutan keluarga dan kerjaya di era yang mencabar, pengguna sering kali kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan yang lazat dan berkhasiat. EB Kranch menawarkan makanan yang mudah disediakan, supaya anda boleh meluangkan lebih banyak masa dengan insan tersayang.
Seiring dengan trend penggorengan kering yang semakin digemari oleh pengguna, kami menghasilkan rangkaian produk EB Kranch yang rangup di luar dan lembut berjus di dalam. Ia mudah dan pantas disediakan tanpa menggunakan minyak untuk membolehkan anda menikmati hidangan yang lebih sihat dan lazat. Di samping itu EB Kranch menjimatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, yang bertepatan dengan matlamat ESG kami.
Setiap dentingan ‘ding’ dari penggoreng kering adalah simfoni indah yang menandakan masa untuk menikmati kelazatan Kranch. EB Kranch yang digoreng kering sesuai sebagai snek atau pelengkap hidangan anda pada bila-bila masa, pastinya kegemaran semua.
Tingkatkan tahap kepedasan anda dengan Ayam Goreng Pedas kami! Diperbuat daripada paha ayam segar yang lembut dan berjus, diperap dengan gabungan aneka rempah. Rangup dan lazat dengan 'uumpph' luar biasa yang pasti akan menyemarakkan selera anda. Boleh dinikmati sebagai pembuka selera atau hidangan utama, sekali rasa pasti nak lagi!
Ingin memeriahkan hidangan keluarga anda? Ayam goreng ala Jepun yang pasti menaikkan selera golongan dewasa dan kanak-kanak. Paha ayam segar diperap dengan gabungan bahan perisa yang lazat untuk menghasilkan ayam karage yang rangup di luar dan lembut berjus di dalam. Pastinya menggembirakan dan memuaskan hati semua orang.
Bayangkan nikmat menjamu selera dengan bebola daging ayam lembut yang penuh dengan keju cheddar berkrim, dipadankan dengan pasta yang enak. Bebola daging ayam berkeju kami menawarkan gabungan rasa dan tekstur yang lazat, dan mewah dengan rasa keju dan ayam dalam setiap kunyahan.
Gantikan popcorn karamel tradisional dengan Ayam Popcorn kami untuk kelainan dan kelazatan semasa menonton filem! Diperbuat daripada dada ayam yang lembut dan segar, diperisakan dengan campuran rempah rahsia kami, bebola berperisa ini adalah pelengkap terbaik untuk menonton filem kegemaran anda.
Nuget Ayam Tempura kami menawarkan satu pengalaman gourmet yang menyeronokkan! Dihasilkan daripada isi dada ayam yang disaluti tepung saduran yang diadun khas dengan bahan-bahan istimewa. Salutannya nipis dan rangup ala tempura Jepun menjadikannya satu kemestian sama ada untuk perkelahan keluarga, hidangan pantas di rumah atau sebarang majlis.
Snek lazat yang sesuai sebagai bekalan untuk kanak-kanak pada bila-bila masa. Isi dada ayam yang lembut, berinti keju cheddar berkrim dan disalut dengan adunan istimewa, menghasilkan Nuget Ayam Berkeju yang menyelerakan. Nuget ayam berkeju ini pasti memenuhi selera dan memberi keceriaan sepanjang hari!
Inilah hidangan berkeju yang paling menyelerakan! Jejari Berkeju Mini yang disaluti serbuk rangup keemasan dan penuh dengan 100% keju mozzarella di dalamnya. Bukan sekadar snek yang lazat, malah regangan kejunya yang menakjubkan pasti memberikan pengalaman yang menyeronokkan.
Terima tetamu di saat akhir? Jangan kalut, hidangkan saja Jejari Ikan Pollock Alaska kami. Tetamu anda pasti kagum betapa mudah dan pantas menyediakan jejari ini. 100% diperbuat dari filet Ikan Pollock Alaska liar, ia juga sesuai untuk semua majlis. Tetamu anda pasti teruja dan puas hati dengan snek yang istimewa ini!
Memperkenalkan pati ikan kami, diperbuat 100% dari filet ikan Pollock Alaska liar yang disalut dengan serbuk roti keemasan untuk menghasilkan tekstur yang rangup dan halus. Untuk hidangan lengkap berkhasiat, nikmatinya bersama roti burger yang lembut dan sayur-sayuran segar.
Alami pengembaraan kulinari dengan produk ini - gabungan adunan surimi kenyal yang dipenuhi dengan kiub keju cheddar cair. Dibentuk seperti bunga, ia menawarkan simfoni rasa dan tekstur, menjadikan setiap hidangan lebih enak. Sebagai pelengkap mi atau dinikmati begitu saja, ia adalah pilihan terbaik buat pelan hidangan anda.